Vitamin B sebenarnya sangat penting untuk badan kita kerana ia menukarkan makanan kepada tenaga. Contohnya, bila kita makan nasi waktu tengah hari kita akan mudah mengantuk kan? Sebabnya matabolisme dalam badan tengah proseskan makanan yang kita makan tadi kepada tenaga sebab tu kita rasa mengantuk. Jadi, bila kita consume B Complex ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat dan sebab itu kenapa kita perlu makan B Complex selepas makan bukannya sebelum makan.
Selain itu vitamin b ini sebenarnya dapat menjaga sistem penghadaman kita, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B ini perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya mengandungi 8 jenis vitamin b untuk mendapatkan kebaikan yang optimum.
Kepentingan B Complex dalam badan kita.
*Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, serta otot.
*Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress kerana ia antistress.
*Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
*Meredakan senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
*Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, keletihan, dan migrain.







No comments:
Post a Comment